Berdasarkan laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, gangguan bekalan air di Selangor adalah paling tinggi dica­tatkan sepanjang 2015 dan 2016 apabila jumlah aduan yang di­terima menjangkau 495,187.

Berbanding di negeri maju lain seperti Johor, jumlah aduan gangguan bekalan air yang dica­tatkan di negeri itu sepanjang 2015 dan 2016 hanya 103,011.

Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor, Sahalmi Saib berkata, jumlah aduan berkaitan perkhidmatan air di Selangor dijangka meningkat dalam tempoh 2017 dan 2018 memandangkan gangguan bekalan air kerap berlaku di negeri itu seperti yang berlaku minggu lalu.

SAHALMI SAIB
SAHALMI SAIB

Sehubungan itu katanya, Men­teri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu berhenti mempolitikkan isu air di negeri itu jika benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat seperti yang sering didakwa sebelum ini.

“Mohamed Azmin kena terima hakikat pengguna di Selangor paling ramai, tetapi mereka juga paling ramai terjejas akibat kegagalan Kerajaan PKR Selangor menyediakan pelan terbaik bagi mengatasi masalah air.

“Jangan politikkan isu air, jangan lagi tuding jari kepada sesiapa, cari jalan penyelesaian masalah ini dengan segera,” katanya ketika dihu­bungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, dalam si­dang Dewan Rakyat, Mohamed Azmin ‘panas’ apabila disindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan krisis air di Selangor.

Menurut Sahalmi kerajaan PKR Selangor perlu mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan jumlah margin simpanan bekalan air terawat yang ketika ini masih begitu rendah untuk kegunaan seluruh rakyat negeri itu.

“Sekarang masih lagi musim hujan, bayangkan apa akan terjadi kalau negara mengalami musim kemarau nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pe­nyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, penstrukturan air di Selangor perlu dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah gangguan bekalan.

“Kerajaan PKR Se­langor jangan lengahkan lagi penstrukturan semula air dengan bermain tarik tali jika tidak rakyat terpaksa berdepan dengan gangguan bekalan air lagi,” katanya.