SHAFINAZ ROSHAIZAD
SHAFINAZ ROSHAIZAD

Gadis kelahiran Ampang itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada pensyarahnya yang juga menghormati minatnya terhadap dunia politik

Malah, pelajar tahun akhir Dublin Business School, Ireland itu berkata, beliau sentiasa mengemaskini sebarang tugasan atau aktiviti pelajar menerusi aplikasi WhatsApp mahupun Facebooknya.

Menurut Shafinaz, ibu bapa­nya juga tidak menghalang beliau untuk menghadiri perhimpunan tersebut malah menyokong penuh minatnya kerana mereka juga merupakan generasi UMNO sejak sekian lama.

“Minat saya terhadap politik tidak mengganggu tugas sebagai pelajar. Malah, keputusan menyertai Kelab UMNO Dublin memberi saya peluang mengenali lebih ramai rakyat Malaysia di sini menerusi pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan,” katanya ketika ditemui dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Dalam pada itu, Shafinaz yang merupakan pelajar jurusan Perakaunan dan Kewangan tidak menolak sekiranya satu hari nanti, beliau akan bergelar seorang wakil rakyat.

“Buat masa se­karang,saya tidak terfikir untuk menyertai dunia politik, namun sekiranya takdir membawa saya sehingga ke tahap itu, apa salahnya.

“Banyak lagi saya perlu pelajari, namun buat masa ini, saya mahu fokus kepada pelajaran dan mencapai cita-cita sebagai akauntan yang berjaya,” katanya.