Program pertama kali dianjurkan oleh MS Big Bike Garage itu akan berlangsung di Hotel Hype Motorsport, Seri Kembangan di sini.

Koordinator program, Shafiee Sharif berkata, tujuan utama program adalah untuk menghimpunkan sebanyak mungkin pemilik Ducati Multistrada di negara ini.

“Program ini merupakan acara tahunan tetapi di Malaysia, ia pertama kali diadakan. Sebelum ini pernah dibuat perjumpaan sebegini tetapi di Thailand,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pelbagai acara menarik disediakan untuk para peserta seperti majlis makan malam, persembahan hiburan, cabutan bertuah selain berkunjung ke bilik pameran Ducati di Petaling Jaya dan di sini serta lawatan ke Putrajaya.

Beliau menambah, para peserta turut berpeluang menghadiri majlis pelancaran model terbaharu Multistrada dan perasmian Kelab Ducati Malaysia (DCM).

Peminat motosikal khususnya pemilik Ducati boleh menyertai MMM 2018 dengan bayaran serendah RM250 seorang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Shafiee di talian 019-3880909. - UTUSAN ONLINE