Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu pada prosiding dalam kamar dan turut meminta bantahan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam prosiding itu, Azizah turut menetapkan 8 hingga 25 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan sekiranya mahkamah menolak bantahan dikemukakan Mohd. Zakhwan.

Wan Amizan yang diwakili peguam Datuk Ng See Teong dan Ravi Neekoo memfailkan petisyen itu pada 18 Jun lalu bagi memohon mahkamah mengarahkan jumlah undi rosak dikira semula. - UTUSAN ONLINE