Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, peratusan tersebut melibatkan 464 daripada 545 pengundi awal di kawasan ini yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengundian berlangsung di empat saluran iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam; bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Proses pengundian awal itu turut disaksikan oleh ejen calon bertanding pada pilihan raya berkenaan selain pemerhati tempatan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang dilantik SPR.

Peti undi akan disimpan di IPD Rompin dan proses pengiraan akan bermula pada pukul 4 petang hari pengundian pada 5 Mei ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin dan calon Pas, Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.