Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Shafie Taib berkata, daripada jumlah tersebut, kira-kira 40 peratus merupakan golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Pada PRU13, mereka yang mendaftar mengundi adalah seramai 1,563,357 orang dan daripada jumlah itu sebanyak 89.92 peratus iaitu 1,394,763 orang keluar mengundi.

“Bagi PRU14, kita kena tunggu keputusan ahli-ahli SPR bermesyuarat untuk menentukan daftar pemilih sehingga suku tahun yang mana akan digunakan,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Beliau ditemui pada Sesi Taklimat SPR kepada pengamal media di negeri ini yang disampaikan oleh Pengarah Akademi SPR, Hasanul Isyraf Naim di Rumah Kelab Media Johor (KMJ) di Jalan Wisata.

Yang turut hadir, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak dan Timbalan Presiden I KMJ, Raja Jaafar Raja Ali. - UTUSAN ONLINE.