Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya kira-kira 10,000 ahli menyertai parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jumlah ahli terkini di Kelantan seramai 40,000 orang, sampai hari ini tidak cukup borang untuk ahli baharu mendaftar termasuk bekas Ketua Cawangan UMNO dan ahli UMNO sendiri datang mendaftarkan diri.

“Insya-Allah pada September nanti, banyak cawangan baharu yang bakal ditubuhkan hasil daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang ada di bahagian Kota Bharu ini.

“Ini kerana untuk menubuhkan sesebuah cawangan mesti mempunyi 30 ahli sekurang-kurangnya dan ada aktiviti yang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Borang Ahli Baharu Bersatu Bahagian Kota Bharu di sini hari ini.

Menurut Abdul Rashid yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu, sebanyak lapan cawangan berjaya ditubuhkan di kawasan berkenaan dengan ahli terkini seramai 800 orang. -UTUSAN ONLINE