Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, semua projek tersebut adalah Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen kecuali di Wilayah Persekutuan dan Perlis dengan dana khas diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diselia Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Projek-projek tersebut dikatakan telah diluluskan tapi dibatalkan oleh pihak kerajaan walhal ia bukan projek mega dan mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada keperluan rakyat.

“Sebagai contoh di Sarawak sebanyak 500 projek berjumlah RM42 juta manakala Perak sebanyak 600 projek berjumlah RM20 juta dimansuhkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, Nasrudin mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mengenai dakwaan lebih 4,000 projek Mesra Rakyat yang diluluskan bagi 2018 telah dimansuhkan.- UTUSAN ONLINE