Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan keselamatan itu 
akan ditugaskan menjaga 521 tempat mengundi yang digazetkan serta mengawal ketenteraman awam. 

"Jumlah itu membabitkan pasukan Light Strike Force (LSF), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

"Jika pasukan ini tidak mencukupi, ada pasukan sokongan yang dibekalkan oleh Bukit Aman. Mereka akan ditugaskan untuk menjaga ketenteraman dan keamanan awam sekiranya berlaku sebarang rusuhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Latihan Amalan Simulasi Ex-Undi PRU-14 Siri 2 Fasa 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, malam ini.

Turut diadakan simulasi menangani aktiviti rusuhan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa kawasan panas yang mungkin akan menyebabkan kekecohan pada PRU-14 nanti. 

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kawasan berkenaan dan memohon agar para penyokong tidak menimbulkan sebarang kekecohan. -UTUSAN ONLINE