Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memberikan amanat dan motivasi kepada semua calon BN yang bertanding di kawasan ini. 

Menurut Mustapa, dalam apa juga pertandingan sasaran perlu diletakkan dengan jelas. 

"Tidak guna kalau kita kerja bertungkus lumus namun tidak meletakkan sebarang sasaran. Matlamat kita pastinya ingin melihat kemenangan bergaya di samping menambah majoriti pengundi. 

"Oleh itu, adik kakak perlu memberikan sokongan jitu kepada semua calon dan sentiasa bergerak memberi penerangan kepada rakyat terhadap segala usaha kerajaan," katanya di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini hari ini. 

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin. - UTUSAN ONLINE