Tindakan keluar beramai-ramai itu ekoran kekecewaan terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dianggap gagal menyelesaikan masalah dihadapi masyarakat di peringkat akar umbi.

Wakil penduduk Kampung Baharu Sungai Udang yang juga bekas Ketua Pemuda MCA Cawangan Sungai Udang, Ee Kian Nam berkata, sebanyak 170 penduduk dari kampung tersebut mahu meninggalkan MCA dan menyertai PKR manakala selebihnya adalah ahli MCA sekitar Sungai Udang.

“Kami semua mengambil keputusan ini kerana tidak puas hati dengan kepimpinan MCA yang gagal selesaikan banyak masalah penduduk kampung baharu terutamanya berkaitan isu pajakan tanah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, Kian Nam turut mewakili kesemua bekas ahli MCA menyerahkan borang keahlian PKR kepada Ketua Cabang PKR Parlimen Tangga Batu, Gue Teck. - UTUSAN ONLINE