Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden UMNO menekankan, perkara itu hanya boleh dilakukan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, beliau menggesa sayap Wanita UMNO supaya terus bekerja kuat sekali gus memastikan kemenangan yang diharap-harapkan itu dapat dicapai.

“Saya cukup senang hati de­ngan Wanita UMNO dan saya juga meletak harapan setinggi gunung kepada sayap itu. Sudah semestinya parti akan menghargai peranan mereka,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Anugerah Ibu Terbaik Bangsa anjuran pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO hari ini.

Anugerah khas itu dicetuskan Najib sendiri dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang mahukan supaya peranan wanita yang banyak menabur jasa dalam pelbagai bidang diiktiraf menerusi platform Wanita UMNO.

Anugerah Ibu Terbaik Bangsa peringkat kebangsaan kali ini diberikan kepada bekas Ketua Pe­ne­rangan Wanita UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail.

Turut menerima anugerah itu ialah Ketua Wanita UMNO yang meninggal dunia sejak 2013 yang diterima waris ma-sing-masing.

Mereka ialah Allahyarham Datuk Maznah Hamid (Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun), Allahyarham Norahan Abu Bakar (Naib Ketua Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau) dan Allah­yarham Ramlah Ismail (Ketua Wanita UMNO Muar).
Setiap penerima anugerah diberikan RM10,000 serta sijil penghargaan.