Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

30 generasi baharu Felda adakan demonstrasi tolak campur tangan, fitnah pembangkang

30 generasi baharu Felda adakan demonstrasi tolak campur tangan, fitnah pembangkang
AMIZAR

SHAH ALAM 19 Mac - Seramai 30 individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi baharu Felda membantah tindakan pakatan pembangkang menganjurkan Konvensyen Warga Felda 2017 di Dewan Jubli Perak, Kompleks Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurut wakil NGO itu, Datuk Amizar Abu Adam, bantahan yang diadakan di hadapan pintu masuk bangunan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi ini adalah untuk menunjukkan pendirian majoriti generasi baharu Felda yang menolak campur tangan pihak pembangkang dalam pengurusan tanah rancangan itu.

“Warga Felda termasuk kalangan generasi baharu tidak bersetuju penganjuran konvensyen ini yang dilihat tidak memberikan gambaran mengenai kedudukan Felda sebenarnya. Pengurusan Felda ketika ini dalam keadaan baik dan kita tidak memerlukan sebarang campur tangan daripada pihak luar khususnya pembangkang.

“Ketika zaman ibu bapa kami susah (semasa mula meneroka tanah rancangan Felda), tiada pula pihak pembangkang ambil peduli. Sekarang ini, mereka pula berpura-pura menyokong Felda,” katanya di sini hari ini.

Tambah Amizar, pihaknya menggesa pakatan pembangkang supaya menghentikan campur tangan mereka dalam pengurusan Felda termasuklah melemparkan pelbagai fitnah serta terhadap insititusi itu.

Konvensyen Warga Felda 2017 yang dianjur pakatan pembangkang itu dihadiri Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed ; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain