3 muka baharu dilantik Exco kerajaan negeri Pahang
3 muka baharu dilantik Exco kerajaan negeri Pahang

Istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Abd. Rahim Muda; ADUN Bebar, Datuk Mohd. Fakharuddin Mohd. Ariff dan ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menjadi muka baharu dalam senarai Exco berkenaan.

Ketiga-tiga mereka menggantikan ADUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun; ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin dan ADUN Benta, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Sebelum ini, Abu Bakar memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri manakala Shahiruddin sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri dan Mohd. Soffi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri.

Seorang lagi Exco yang tidak dipilih pada penggal ini ialah ADUN Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif

yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan berkenaan. - UTUSAN ONLINE