Pengarah Operasi BN DUN Tanjong Datu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun sudah berjaya menawan hati pengundi di kawasan itu, namun jentera kempen tetap giat meneruskan kempen untuk mendekati pengundi yang memasuki hari kelapan iaitu separuh tempoh masa berkempen.

“Sekarang ini, semua kawasan di Tanjong Datu adalah putih.

“Selain itu, masalah dan permohonan dibangkitkan oleh penduduk kampung telah dan sedang diperjelaskan bahawa ia akan diselesaikan oleh kerajaan BN,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Seminar Pengurusan Bencana anjuran Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sini; hari ini. - UTUSAN ONLINE