Difahamkan, sebanyak 27 van Skuad Sayang di semua 27 bahagian UMNO di Johor diserahkan kepada pihak polis secara berperingkat atas arahan mahkamah semalam.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad selepas tersebar dalam media sosial sejak malam tadi.

“Kita dimaklumkan supaya menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis bagi siasatan di bawah AMLA dan kita telah memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE