Jurucakap PRK di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu juga, enam kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, terbaharu, satu laporan polis telah dibuka seorang lelaki semalam mendakwa dirinya difitnah kerana menjanjikan akan memberikan wang tunai sejumlah RM100 kepada
setiap pengundi.

"Sehubungan itu, kita telah membuka siasatan di bawah Sekyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah. Selain itu, kita juga ada menerima laporan dari seorang lagi membabitkan sebuah kereta Mercedez E200K yang disimbah cat kereta diletakkan di tepi jalan.

"Kereta tersebut dipercayai digunakan untuk membawa calon Barisan Nasional ke kawasan Kampung Rinching Hulu dan susulan itu siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sabri memberitahu, sebanyak 104 permit kempen politik dikeluarkan IPD Kajang membabitkan Pakatan Harapan (65) ; Barisan Nasional (35) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) (tujuh) sepanjang tempoh ini.

"Kita juga turut menerima dua laporan mengenai parti politik yang menjalankan ceramah tanpa permit malam tadi di Beranang dan kes diklasifikasikan dibawah seksyen 24 B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .

"Justeru itu, semua parti turut diingatkan membuat permohonan permit bagi tujuan berkempen,"katanya.-UTUSAN ONLINE