Ketuanya, Jackson Musi berkata keputusan itu dibuat antaranya kerana anggota berkenaan, yang rata-rata anggota jawatankuasa Pemuda UPKO Bahagian Ranau, hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu dan akan menyerahkan surat perletakkan jawatan dalam parti dalam masa terdekat ini.


"Padamulanya, kamihilangkepercayaankepadakepimpinanpartisejakpenubuhankerajaancampuranbersamaPartiWarisanSabahdan PakatanHarapan(PH).


"Dan keduanya, khususnya di Ranau, kami telah hilang kepercayaan kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Paginatan (Datuk Abidin Madingkir)* dia (Abidin) tidak peduli dengan UPKO Bahagian Ranau, hanya fokus kepada kawasan Paginatan," katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman keluar parti itu di sini hari ini.


Jackson turut berkata, perpaduan dalam kalangan anggota UPKO juga terjejas sejak pemilihan parti pada 2015 dan menasihatkan kepimpinan parti supaya mengambil tindakan untuk mengukuhkan parti itu agar sentiasa releven.


Beliau berkata anggota yang keluar itu akan berehat sementara daripada politik, namun akan bersifat mesra kerajaan. - BERNAMA