Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata pembaharuan yang sedang dan yang akan dilaksanakan itu bertujuan membawa kemajuan dan memulihkan ekonomi negara.

"Kami akan membantu rakyat terutama golongan B40, menangani kos kenaikan harga barang, sara hidup dan meningkatkan pendapatan negara bagi meringankan beban rakyat," katanya ketika berucap pada majlis Santai bersama Presiden Amanah di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau menafikan dakwaan berlaku pergolakan dalam parti gabungan PH. - BERNAMA