Mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dari pekan Kuala Sungai Baru, Kampung Paya Mengkuang, Kampung Bukit Beruang, Kampung Onlok hadir pada majlis ramah mesra pengundi dan calon yang diadakan di bilik gerakan BN di pekan itu sebentar tadi.

Calon BN bagi DUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman berkata, pada PRU sebelum ini, BN tewas di dua pusat daerah mengundi (PDM) di pekan Kuala Sungai Baru dan Kampung Paya Mengkuang.

“Alhamdulillah malam ini BN di DUN Kuala Linggi mencipta sejarah apabila penyokong pembangkang yang selama jauh daripada kita beralih angin menyokong BN,” katanya ketika ditemui pada majlis itu sebentar tadi.

Sementara itu, wakil kepada penduduk terlibat, Cheng Ko Yeng, 50, berkata, selama ini mereka mengundi setiap kali PRU namun kali ini penduduk terbabit berikrar menyatakan sokongan terhadap calon BN yang prihatin tentang kebajikan mereka.

“Baru-baru ini kami mengadu masalah jalan berlubang di kawasan kampung dan tidak sampai beberapa hari, jalan tersebut dan longkang-longkang yang tersumbat telah dibaiki dan dinaik taraf.

“Kesungguhan yang ditunjukkan itu menyebabkan kami yakin untuk menyokong calon BN di DUN Kuala Linggi dan calon BN Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin,” katanya. - UTUSAN ONLINE