Justeru itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bila Cinta Ada itu akan berbuka puasa di gerai tersebut bersama peniaga-peniaga lain kerana tidak sempat untuk mengejar waktu berbuka di rumah.

"Kami sekeluarga dah biasa buka puasa di bazaar. Memang boleh dikatakan sepanjang bulan puasa saya dan keluarga akan berbuka sahaja di gerai kami.

"Ayah menjalankan perniagaan martabak hanya pada bulan Ramadan. Justeru itu, kami memang dah ada pelanggan yang ternanti-nanti air tangan Martabak Mat Labu yang hanya boleh didapati sebulan dalam setahun," katanya kepada UTUSAN ONLINE.