Mereka tiba di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira pukul 2.40 petang bagi menghadap baginda susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 semalam.

Pertemuan itu bertujuan membincangkan pelantikan Menteri Besar yang baharu susulan kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan negeri ini.

Gabungan pembangkang PKR menang 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri sekali gus membentuk kerajaan negeri berbanding 16 kerusi diperoleh BN. - UTUSAN ONLINE