Malah tegas Perdana Menteri, beliau sendiri mahu tahu apakah benar dana 1MDB disalahgunakan untuk membiayai pembikinan filem anak tirinya, Riza Aziz sebagaimana dituduh pihak tertentu.

“Saya minta Ketua Audit Negara tolong sahkan, ada atau tidak dana 1MDB ini disalahgunakan untuk membuat filem umpamanya, saya nak tahu. Ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan oleh laporan Ketua Audit Negara dan seterusnya disahkan atau pun sebaliknya oleh PAC,” katanya. - UTUSAN ONLINE