Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

182 ahli DAP Melaka keluar parti

LIOU CHENG KUANG (enam dari kanan) bersama sebahagian ahli DAP menyatakan rasa tidak puas hati dan k
LIOU CHENG KUANG (enam dari kanan) bersama sebahagian ahli DAP menyatakan rasa tidak puas hati dan keluar dari parti itu di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bebas Kota Laksamana, Melaka, semalam.

MELAKA 12 Mac – Masalah dalaman DAP di negeri ini dilihat semakin meruncing apabila 182 ahlinya memilih untuk keluar daripada parti berkenaan, hari ini.

Tindakan itu berlaku genap sebulan selepas empat bekas pemimpin DAP negeri termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ahli Dewan Un­dangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengambil pendekatan serupa.

Ia ekoran kegagalan kepe­mimpinan parti tersebut mena­ngani isu membabitkan empat bekas pemimpin parti itu sebelum ini selain krisis hilang keya­kinan ahli terhadap DAP yang diterajui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Menurut Timbalan Pengerusi DAP negeri, Liou Cheng Kuang, yang merupakan salah seorang daripada 182 ahli yang meninggalkan parti itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pendekatan DAP dalam menyelesaikan isu membabitkan empat bekas pemimpin parti negeri sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat sebagai mewakili suara kebimbangan akar umbi terhadap tingkah laku kepemimpinan pusat DAP yang dilihat bertentangan serta tersasar dalam perjuangan sebenar parti politik berkenaan.

‘‘Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sendiri berulang kali mendakwa dengan merujuk bekas pemimpin DAP yang keluar parti sebagai 'barah' dalam parti, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi. Kata-kata kesat Kok Wai tidak boleh diterima kerana Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him sebagai contoh adalah ahli yang sudah berkhidmat dengan parti selama 35 tahun,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mengumumkan perkara itu yang turut dihadiri kira-kira 20 bekas ahli DAP negeri di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Bebas, Kota Laksamana, di sini, hari ini.

Selain Cheng Kuang yang juga bekas calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebelum ini, beberapa pemimpin peringkat bahagian, cawangan serta ahli DAP negeri turut mengumumkan tindakan keluar parti.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain