Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tempoh 10 tahun itu adalah terlalu lama dalam soal memperbaiki pengurusan ekonomi dalam negara.

Katanya, jika dibandingkan dengan kerajaan dahulu, walaupun ada kritikan dan tuduhan yang pelbagai tetapi daripada segi kepentingan dan kebajikan masyarakat dan rakyat sentiasa diambil kira.

“Kita masih ingat ketika Barisan Nasional (BN) memerintah, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memperkenalkan ekonomi keperluan rakyat yang tidak hanya melihat kepada soal angka pertumbuhan ekonomi semata-mata.

MOHAMED KHALED NORDIN mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Kampung Melayu Pandan, J

MOHAMED KHALED NORDIN mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ BAZLAN IBRAHIM

“Perkara ini menjadi asas semasa saya mentadbir negeri ini. Yang penting kepada kita ialah dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat, bukan soal bangunan pencakar langit dan sebagainya.

“Pada saya, 10 tahun terlalu lama, rakyat berhak untuk memikirkan, kalau mereka setahun dua tahun atau sepenggal itu cukup, maka cukuplah,” katanya kepada pemberita selepas program agihan bubur lambuk di Masjid Kampung Melayu Pandan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kerajaan PH menyasarkan seawal 10 tahun bagi memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam negara menerusi inisiatif Kemakmuran Bersama yang diperkenalkan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE