Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, sembilan daripada mereka mempertahankan jawatan masing-masing, manakala seorang merupakan muka baharu, iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Menurutnya, sembilan ketua bahagian yang tiada pertandingan ialah Pagoh (Ismail Mohamed), Ledang (Datuk Ir Hamim Samuri), Muar (Datuk Seri Razali Ibrahim), Parit Sulong (Datuk Zulkurnain Kamisan), Ayer Hitam (Datuk Samsol Bari Jamali), Kluang (Datuk Md Jais Sarday), Sembrong (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein), Pengerang (Datuk Seri Azalina Othman Said) dan Pontian (Datuk Ir Hasni Mohammad).

Katanya, 14 bahagian bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala dua bahagian, iaitu Bakri dan Batu Pahat pula melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Antara ketua bahagian yang bakal dicabar ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) dan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai). - UTUSAN ONLINE