Perarakan kali kedua sambil membawa lambang parti  itu bermula dari pekarangan Masjid Hadhari mengelilingi bandar Jerteh dan berakhir di pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Besut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian,  Azizul Jasmi Mohamad dan Ketua Puteri, Ernie Salwanie Saidi mengetuai perarakan yang turut disertai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

"Sepanjang perarakan bagi memeriahkan suasana kami menyanyikan lagu Barisan Kita dan Kita Undi BN. Perarakan ini juga bertujuan memantapkan semangat kerjasama dan mengukuhkan kesetiaan kepada parti," ujar Azizul. - UTUSAN ONLINE