Beliau berkata, pengumuman itu sejajar dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini.

"Tahniah kepada CIMB. Diharap organisasi lain turut mengikut langkah yang diperkenalkan ini," katanya sewaktu berucap pada majlis Jom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Bumiputera Commerce, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Kira-kira 60 peratus atau lebih 20,000 kakitangan Kumpulan CIMB adalah merupakan wanita. - UTUSAN ONLINE