Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) berkata, selain meneruskan agenda-agenda kerajaan terdahulu, Zuraida juga banyak mencadangkan perkara-perkara baharu.

“Saya minta maaf kepada menteri yang lain. Ini memang menteri yang bekerja. Jadi saya terpaksa ucap tahniah kepada menteri yang tahu buat kerja dengan baik.

“Saya ucap tahniah kepada menteri kerana tetap meneruskan agenda rakyat. Meneruskan kesinambungan apa yang telah dilakukan oleh menteri terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE