M. KULA SEGARAN
M. KULA SEGARAN

Beliau berkata kertas cadangan bagi perkara itu sedang dalam peringkat perbincangan di Unit Perancang Ekonomi.

"Kementerian sentiasa mengambil berat atas kebajikan pelajar dan telah kemukakan kertas cadangan bagi pembiayaan yuran percuma pada 2013, namun ditolak kerana melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

"Kementerian telah membuat tindakan susulan dengan mengemukakan semula kertas cadangan itu semasa penyelarasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TVET) pada 2018," katanya di Dewan Rakya thari ini.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) mengenai sama ada kementerian bercadang menurunkan yuran pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) sebagai mengurangkan bebanan pelajar.

Kula Segaran berkata, setakat ini, pengajian pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2 dan 3 di kesemua ILP adalah percuma, termasuk penginapan dan makanan tiga kali sehari, selain elaun bulanan RM100 untuk setiap pelajar.

Katanya, bagaimanapun yuran tetap dikenakan kepada pelajar yang mengikuti pengajian Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran di sebahagian ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Japan Malaysia Technical Institute (JMTI).- BERNAMA