Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan mulai daripada tarikh Dewan Rakyat mula bersidang mungkin hilang kelayakan.

“Mengenai kedudukan beliau, sepatutnya dia tahulah. Ini tidak boleh berpanjangan. Bacalah Perlembagaan Persekutuan.

“Jika beliau melebihi tempoh yang dibenarkan, sudah pasti undang-undang akan diguna pakai," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Buku Undang-Undang (Janab Law Series) oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer di bangunan Parlimen, hari ini.

Yamani Hafiz sebelum ini dikatakan 'menghilangkan diri' kerana menemani bapanya iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ke London untuk mendapatkan rawatan di sana. – UTUSAN ONLINE