Shahanim Mohamad Yusoff

Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, matlamat cadangan itu adalah memberi peluang paling minimum seorang daripada anak sebuah keluarga B40 diberikan kerja dalam sektor awam termasuk Badan Berkanun dan syarikat milik kerajaan (GLC).

“Peluang kerja ini akan dapat membantu kesusahan dan kesempitan hidup mereka sejajar dengan usaha kerajaan membantu kumpulan B40 menaik taraf pendapatan isi rumah golong­an tersebut,” katanya dalam sesi penghujahan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Negara hari ini.

Shahanim berkata, kerajaan juga perlu meningkatkan kuota pelajar cemerlang daripada kumpulan B40 sehingga 75 peratus memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah berasrama penuh.

“Usaha ini perlu bagi merubah kehidupan dan nasib hidup mereka melalui kecemerlangan dalam pendidikan,” katanya.