Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Waktu kerja kekal 8 jam sehari

SHAHIDAN KASSIM menyampaikan Sijil Pemakaian Pangkat Leftenan
SHAHIDAN KASSIM menyampaikan Sijil Pemakaian Pangkat Leftenan Kolonel Kehormat Angkatan Pertahanan Awam kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kerajaan tidak bercadang mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari kerana tahap produktiviti pekerja perlu diambil kira dalam usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tempoh lapan jam sehari bekerja yang diamalkan negara ketika ini menepati pelaksanaan negara-negara maju lain seperti Australia dan Sweden.

“Dalam usaha untuk mencapai tahap negara maju, kita tidak boleh mengurangkan produktiviti pekerja dan ketika ini, Malaysia berada bersama tahap negara maju lain iaitu bekerja lapan jam sehari.

“Namun demikian, kerajaan telah memberikan pilihan waktu kerja anjal kepada kakitangan awam iaitu bermula 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi hingga 5 petang atau 8.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) berhubung cadangan sistem waktu bekerja enam jam sehari dan waktu bekerja anjal, khusus­nya bagi kakitangan awam wanita yang sudah berkeluarga dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Kong­res Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mengkaji pe­laksanaan sistem waktu bekerja selama enam jam sehari bagi penjawat awam di negara ini.

Kongres itu menamakan beberapa manfaat, termasuk me­ngurangkan jumlah cuti sakit dan produktiviti yang lebih baik daripada pekerja yang berehat lebih panjang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain