Beliau kesal dengan tindakan wakil rakyat yang tidak memberi sokongan terhadap rang undang-undang itu yang juga melibatkan bantuan kepada mangsa bencana banjir. 


Malah, kata beliau, tindakan itu juga disifatkan pembangkang tidak menyokong usaha kerajaan membantu mangsa banjir 


“Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat memohon peruntukan tambahan luar jangka, tetapi mengapa Yang Berhormat tidak sokong bajet semalam, bajet semalam sepatutnya disokong oleh wakil-wakil pembangkang. 


“Mereka bukan saja menentang tetapi meminta membuat undi belah bahagian. Saya kesal sesungguhnya pembangkang menentang Bajet 2018 semalam termasuk untuk membantu mangsa banjir. 


“Ini juga menunjukkan mangsa banjir tidak mendapat sokongan daripada ahli pembangkang,” katanya dalam sesi soal jawab waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat, hari ini. 


Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang meminta sama ada kerajaan pusat boleh meluluskan peruntukan simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion bagi negeri Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE.