Seri Paduka mencuit perhatian semua Ahli Parlimen termasuk rakyat yang menyaksikan siaran langsung majlis tersebut menerusi siaran televisyen dan media sosial dengan menjemput semua Ahli Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing.


Pada masa sama, secara berseloroh, Seri Paduka mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak lari dari tempat duduk.

“Sila duduk dan jangan lari,” titah Seri Paduka dengan nada berseloroh.

Semua yang hadir ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 dilihat tersenyum sesama sendiri selain tergelak mendengar ingatan berkenaan.

Semalam Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan ketika majlis angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kerana mendakwa pelantikan Ariff tidak mengikut prosedur. - UTUSAN ONLINE