HANIPA MAIDIN
MOHAMED HANIPA MAIDIN

Lantaran itu, beliau kemudian ditegur oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus daripada parti PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengingatkan tentang batas-batas seorang manusia.

“Cuma saya tertarik apabila ada balas secara keras sekali membabitkan isu agama, bila kita menyebut ‘kalau saya tuhan saya akan buat begini’.

“Saya rasa tidak cantik dan tidak manis kerana Allah S.W.T. bersifat maha pengasih dan penyayang,” katanya.

Kemudian, Ahli Parlimen Arau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegur Mohamed Hanipa dan mengarahkannya supaya menarik balik kata-katanya.

Namun tindakan itu diperlekehkan Hanipa yang menyifatkan kata-kata nasihat daripada beliau tidak boleh dipakai.

Malah Hanifa turut menghina bahawa Shahidan ‘berlagak alim’ dan menyuruh beliau menanggalkan songkoknya.

“Saya tidak mahu menarik balik katta-kata tadi kerana saya menyebut ‘kalau’. Saya tak akan tarik balik, faham tak,” tegasnya yang menyebabkan sidang yang berlangsung itu kecoh. - UTUSAN ONLINE