Sebanyak 129 ahli Parlimen mengundi bersetuju manakala 80 lagi tidak bersetuju.

Rang undang-undang tersebut diluluskan selepas dibahaskan oleh 14 anggota Parlimen, tujuh daripada pembangkang dan tujuh daripada kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil kira semua pertimbangan sebelum laporan tersebut dibentangkan.

“Ada syor yang tidak dipersetujui oleh kerajaan sendiri tetapi kerajaan tidak mengganggu SPR dalam melaksanakan tugas mereka.

“Ini kerana kerajaan akur dengan kuasa yang diperuntukkan kepada SPR dalam melaksanakan tugas mereka bagi menjamin sistem demokrasi berparlimen di negara ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul laporan kajian semula tersebut dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE