Timbalan Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, hal ini kerana cadangan pengasingan kuasa itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memberitahu, keti­ka ini, kerajaan berhadapan dengan halangan apabila tidak mempunyai kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya di negara ini, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, berdasarkan Perkara 159 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia memerlukan dua pertiga.

“Buat masa ini kita rasa kita tak ada dua pertiga, kita tak nak ambil risiko bila bentang, ia tidak diluluskan. Jadi, setakat ini, ia memang telah dibincangkan tetapi belum ada keputusan untuk membawa perkara ini ke Parlimen, mungkin akan berlaku, tapi tak tahu bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) mengenai rancangan untuk memisahkan peranan Pendakwa Raya dengan Peguam Negara pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.