Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tutup Pulau Sembilan keputusan tepat – Sultan Nazrin

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bersama Tuanku Zara Salim berkenan
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH bersama Tuanku Zara Salim berkenan bersalaman dengan Ahli Dewan Undangan Negeri pada Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 di Ipoh, Perak, semalam. UTUSAN/SYEFRY MONIZ

IPOH 4 April - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tindakan kerajaan negeri menutup sementara Taman Negeri Pulau Sembilan di daerah Bagan Datuk kepada semua aktiviti pelancongan ekoran keindahan pulau tersebut kini terancam akibat aktiviti komersial sebagai tindakan yang tepat.

Baginda bertitah, perbuatan para pengusaha yang tidak menghormati peraturan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa te­lah menyebabkan keindahan alam semula jadi di pulau itu terancam.

“Kerajaan beta telah mengambil keputusan tepat menutup taman tersebut kepada para pelancong sehingga digubal dan diperkenalkan langkah-langkah lebih mantap untuk melindungi ekosistem dan biodiversiti di kawasan berkaitan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di sini hari ini. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Kerajaan negeri mengumumkan Pulau Sembilan ditutup kepada sebarang aktiviti pelanco­ngan berkuat kuasa 1 April lalu disebabkan berlaku kerosakan ekosistem di pulau berkenaan.

Dalam titah baginda, Sultan Nazrin menekankan mengenai pentingnya perancangan pembangunan yang diseimbangkan dengan hubungan manusia dengan alam sekitar.

Dalam hal ini, titah baginda, kerajaan negeri telah melancarkan Kempen Tanaman Lima Juta Pokok dalam tempoh lima tahun.

Baginda bertitah, sehingga Di­sember 2016, sebanyak 12.5 juta batang pokok telah ditanam di seluruh negeri melibatkan kawasan hampir 7,000 hektar.

Sultan Nazrin turut menzahirkan kebimbangan mengenai 35 batang sungai di negeri ini yang terdedah kepada pencemaran yang tinggi akibat aktiviti perindustrian, projek pembangunan, pembukaan tanah, perlombongan dan pembalakan.

Baginda bertitah, pemantauan menunjukkan sebanyak 24 su­ngai di Perak memiliki kategori bersih, 10 sedikit tercemar dan satu sungai berstatus tercemar.

Sultan Nazrin turut menekankan perlunya kesedaran kerosakan alam yang disebabkan oleh sisa bahan plastik yang wajib diberikan perhatian dan pengguna disedarkan untuk meminimumkan penggunaan beg-beg plastik.

Baginda bertitah, jumlah bua­ngan sisa pepejal di negeri Perak dalam tahun 2016 mencecah 861,370 tan metrik, 20 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain