REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan tersebut juga akan menghalang Malaysia daripada mendapatkan dan mengesahkan maklumat berkaitan yang sahih berhubung isu berkenaan.

“Malaysia perlu terus mengekalkan hubungan dua hala yang konstruktif dengan Myanmar sejajar dengan semangat solidariti ASEAN agar jalan penyelesaian yang lebih tuntas mengenai isu Rohingya dapat dicapai bersama dengan negara berkenaan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) dan beberapa ahli Parlimen lain berhubung isu Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi harus diberi peluang untuk mengambil langkah proaktif sebagaimana disarankan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa.

HASAN MALEK
HASAN MALEK

Menurut beliau, pada 15 Februari lalu, kerajaan Myanmar mengumumkan operasi keselamatan di utara Rakhine yang bermula sejak 9 Oktober 2016 telah dihentikan.

Berikutan itu, katanya, situasi keselamatan di kawasan tersebut telah stabil dan perintah berkurung juga telah dilonggarkan.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, Malaysia akan terus mengadakan perbincangan konstruktif dengan Myanmar bagi memastikan penindasan dan kekejaman terhadap etnik Rohingya dapat dihentikan.

“Perbincangan dua negara itu akan diadakan secara konsisten di pelbagai peringkat termasuk pegawai kanan kerajaan, menteri luar dan pe­mimpin kerajaan,” katanya.