Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, objektif utama program ini adalah untuk menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar un­tuk me­ningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapai­an akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal in­san.

“Sehingga 2017 terdapat seba­nyak 162 pusat tuisyen itu di se­lu­ruh negara. Daripada jum­lah itu sebanyak 147 pusat memberi fokus kepada peperiksaan Sijil Pe­lajaran Malaysia (SPM) dan 15 pusat kepada UPSR,” ka­tanya di sini sema­lam.

Menurutnya, penglibatan kor­­porat dalam Tuisyen [email protected] amat diperlukan ke­ra­na ia akan membantu memperbanyakkan lagi pu­sat tuisyen rakyat yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar, khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Selain itu, katanya, program tui­syen itu turut dapat meringankan beban ke­­wangan ibu bapa pe­lajar yang terlibat.

Beliau berkata, YPM juga mempu­nyai beberapa program la­in bagi membantu ke­­langsungan pe­lajar Bu­miputera se­perti skim anak angkat dan Tabung Lonjakan Pendidikan Me­layu dan Bumiputera (TANJAK) yang bertujuan membantu me­ngumpul dana bagi keperluan pendidikan golongan itu.

Tanjak mene­tap­kan enam skop sasaran penyumbang iaitu dari­pada komuniti MARA, komuniti KKLW, syarikat korporat, syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat swasta dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Tabung yang diasaskan untuk memperbaiki taraf hidup golo­ngan Bumiputera itu boleh diang­gap sebagai jihad memerangi keciciran pendidikan masyarakat lu­ar bandar, khususnya bagi go­longan yang tidak berkemampu­an.

“Tanjak diharap dapat menjadi penyelesaian permasalahan membabitkan keciciran pendidikan yang masih membelenggu masyarakat Melayu Bumiputera,” ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad buat julung kalinya tampil menaja program Tuisyen [email protected] tahun ini.

MRSM Lenggong dan MRSM Bentong dipilih seba­gai pusat tuisyen bagi memban­tu calon-ca­lon SPM khususnya di luar ban­dar untuk mengikuti program tersebut secara percu­ma.

Ketua Perhubu­ngan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Areehan Abdullah berkata, pihaknya amat ber­puas hati dengan sam­butan daripada pelajar selepas memantau perkembangan program itu dari semasa ke semasa.

“Tuisyen [email protected] me­ru­pakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami. Kami bukan sahaja menaja program tuisyen ini tetapi juga kem motivasi selama tiga hari dua malam yang diadakan di MRSM ini.

“Sememangnya Celcom Axiata Berhad amat menekankan kepen­tingan pendidikan dan kami berharap dapat memperluaskannya pada tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas menutup program tuisyen tersebut di MRSM Lenggong di sini, semalam.

Di MRSM Lenggong, sebanyak 100 pelajar di empat buah sekolah berhampiran, mengikuti program tuisyen tersebut melibatkan lima mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Peserta berkenaan terdiri daripada pelajar dari Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad, SMK Tan Sri Abdul Aziz, SMK Sultan Azlan Shah dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

Program tersebut yang bermula sejak April lalu diisi dengan 15 sesi tuisyen di bawah kendalian guru-guru cemerlang.

Peserta tuisyen turut mendapat bim­bingan daripada 20 orang mentor yang juga merupakan pelajar MRSM Lenggong.

Program itu juga memberi ­fo­kus kepada empat komponen utama iaitu teknik belajar secara berkesan, mengulang kaji pelajaran, teknik menjawab soalan pe­pe­riksaan dan motivasi.

Pada tahun ini, YPM me­netap­kan sasaran menarik seramai 17,900 pelajar untuk mengikuti Tui­­syen [email protected] di 179 pusat di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pemba­ngunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria berharap pelajar yang mengikuti tuisyen itu akan menterjemahkan inisiatif penajaan Celcom Axia­ta Berhad itu dengan mencapai keputusan cemer­lang dalam pe­pe­riksaan SPM kelak.

“Anak-anak inilah akan mewarisi kepemimpinan negara. Oleh itu, rea­li­­sasikanlah harapan ibu bapa ke­rana program ini secara tidak langsung bertujuan meningkatkan pencapaian anak Melayu,” katanya.