Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tubuh jawatankuasa khas pantau projek

Pantau pelaksanaan projek kerajaan

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kerajaan digesa menu­buhkan jawatankuasa khas di Jabatan Perdana Menteri bagi mengkaji, meneliti dan memantau pelaksanaan projek-projek yang diumumkan kerajaan.

IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ
IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ

Cadangan itu disarankan oleh Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang menzahirkan kebimbangan terhadap peranca­ngan kerajaan yang kadang kala tergugat atau tergendala apabila tiba di peringkat pelaksanaan.

Katanya, langkah itu juga bagi mengelakkan rakyat memandang serong terhadap usaha kerajaan meningkatkan dan mensejahte­ra­kan kehidupan mereka selain me­wujudkan persepsi pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan sesuatu projek hanyalah retorik.

Beliau turut menjadikan Ins­titut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Tanah Merah yang te­lah siap dibina sebagai contoh kerana sehingga kini, ia masih belum beroperasi sekali gus membantutkan usaha kerajaan menarik lebih ramai belia dalam bidang kemahiran.

“Penubuhan jawatankuasa ini tidak boleh lagi sekadar janji tetapi perlu benar-benar dilaksanakan bagi mengelakkan rakyat menganggap kerajaan hanya bijak menabur janji.

“Apa yang dibimbangkan ialah jika sesuatu projek tidak dijalankan sedangkan pengumuman sudah dibuat, ia akan menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan tidak serius dalam membela nasib mereka,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham turut menempelak Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang dilihat suka memainkan politik persepsi de­ngan melemparkan tuduhan tetapi ha­nya mendiamkan diri apabila penjelasan diberikan oleh kerajaan.

Beliau juga mengingatkan semua pihak terhadap tindakan Rafizi yang menyerang Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sehingga me­ng­akibatkan seba­nyak 3,600 pendeposit agensi itu membatalkan pendaftaran haji masing-masing dan terpaksa menunggu giliran selama 70 tahun lagi gara-gara terpedaya de­ngan hasutan pembangkang.

“Hakikatnya, memperjuangkan keadilan dan ketelusan adalah tanggungjawab semua pihak, tetapi janganlah mengamalkan sikap dwistandard,” jelasnya.

Ikmal Hisham turut mencabar Rafizi membuat teguran atau mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor bagi membuktikan dirinya seorang ‘pejuang ketelusan’ yang tulen.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain