Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tindakan Pandikar tangguh bahas keputusan bijak

NASRUDIN HASSAN
NASRUDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 8 April – Pas menyifatkan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 ke sidang akan datang sebagai tindakan yang bijak dan penuh hikmah.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, keputusan tersebut merupakan yang terbaik dengan mengambil kira gelagat dan aksi ahli-ahli Parlimen yang cuba mengganggu perjalanan RUU 355 sejak sehari sebelum pembentangan dilakukan.

“Keputusan menangguhkan perbahasan adalah terbaik malah selayaknya mereka berterima kasih kepada Pandikar Amin ke­rana bukankah mereka sememangnya mahu menghalang RUU 355 sejak dari awal lagi?

“Sekali lagi, keputusan menangguhkan itu adalah terbaik yang mana Pas mempunyai ba­nyak masa untuk terus memberi kefahaman kepada ahli-ahli Parlimen dan pelbagai pihak lagi supaya memahami kenapa RUU 355 perlu dipinda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nasrudin, penangguhan perbahasan RUU 355 ternyata membawa banyak hikmah kerana Pas boleh terus bekerja gigih bagi mengangkat isu RUU 355 dan memastikan masyarakat faham mengenainya.

“Ternyata ia baik untuk kefahaman umat Islam mengenai kepentingan pindaan akta ini,” katanya.

Tambahnya, keputusan Pandikar Amin itu juga menggagalkan rancangan pihak yang menentang pindaan RUU 355 untuk menolak melalui undi belah bahagi.

“Logiknya Pas adalah pihak yang paling terkesan apabila pindaan akta ini senantiasa tertangguh. Jika tangguh sesuatu yang me­rugikan maka sudah tentu musuh Pas akan beraya sakan meraikan penangguhan ini kerana mereka tentu sahaja mahu Pas rugi. Bagaimanapun ternyata mereka marah apabila RUU 355 ditangguh.

“Mereka marah kerana hasrat mereka untuk menggagalkan pindaan melalui undi menolak dalam belah bahagi sebagaimana yang dirancang oleh mereka tertangguh lagi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain