Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan memutuskan untuk berbuat demikian kerana perhimpunan itu telah diadakan dalam keadaan aman.

“Walaupun perhimpunan yang diadakan itu dilakukan tanpa mengemukakan permohonan mengikut Akta Perhimpunan 2012, namun ia telah diadakan secara aman. Maka, kerajaan tidak akan ambil tindakan terhadap peserta terbabit,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

--------------------------------

Terdahulu, Gerakan Wanita Untuk Maria yang disertai kira-kira 200 peserta menyerahkan memorandum di Parlimen, antaranya menuntut Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dibebaskan secepat mungkin.

Memorandum itu kemudian diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut menasihati Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos untuk tidak mengeruhkan lagi situasi pada ketika ini berikutan laporan bahawa beliau bakal menggerakkan Bersih 7 untuk menyelamatkan Selangor daripada kerajaan di bawah pimpinan PKR.

“Beliau (Jamal) baru sahaja dibebaskan daripada tahanan reman semalam tidak belajar kesilapannya. Saya nasihatkan Jamal agar jangan keruhkan lagi suasana. Jangan buat perancangan untuk demonstrasi akan datang,” katanya.

Habis ///