Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pada masa ini, Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan isu berkenaan yang jelas menunjukkan diskriminasi terhadap negara pengeluar minyak sawit.

“Walau bagaimanapun, sekiranya cadangan RED itu tidak memihak kepada kita. Malaysia sedia untuk mengambil tindakan balas dengan EU termasuk mengehadkan pembelian barangan tertentu daripada negara berkenaan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang meminta kerajaan menyatakan langkah strategik diambil untuk menangani larangan import minyak sawit ke pasaran EU dan rancangan luar jangka sekiranya penyelesaian komprehensif tidak dapat dicapai. – UTUSAN ONLINE