Rosol Wahid
ROSOL

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Rosol Wahid (BN - Hulu Terengganu) yang sedih dengan jawapan diterima sebelum ini antara sebab akhbar arus perdana berkenaan tidak dibenar masuk ke sekolah kerana memecah belahkan masyarakat.

"Itu tuduhan yang tidak berasas. Utusan Malaysia antara akhbar tertua di Malaysia dan tiada kes pun berlaku sama ada isi perkauman, rasis, perbalahan antara kaum disebabkan akhbar ini.

"Kalau kerajaan baharu ini menguar-uarkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, apa salahnya rakyat baca dan terima Utusan sebagai wahana kembang fikiran," kata beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, relevannya cadangan tersebut kerana Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar yang masih menerbitkan ruangan dengan tulisan jawi.

"Tulisan jawi ini tulisan orang Melayu, kena kekalkan. Ramai hari ini buta tulisan jawi, jadi saya cadangkan ruang diberi semula kepada Utusan Malaysia masuk sekolah sebab ada ruangan jawi," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE