REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu membolehkan prosiding berkenaan dijalankan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.

Katanya, kerajaan Malaysia juga tidak menerima sebarang bentuk desakan daripada Korea Utara untuk mencampuri proses perundangan berkaitan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan perbi­caraan kes ini dari semasa ke semasa.

“Kita juga akan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Mustapa meminta kerajaan menyatakan sama ada menerima desakan untuk mencampuri urusan perundangan kes pembunuhan Jong-nam.

Reezal Merican berkata, perbi­caraan kes pembunuhan Jong-nam telah bermula sejak 2 Oktober tahun lalu dan akan berlangsung sehingga bulan depan.

“Kedua-dua suspek telah diberikan bantuan guaman sewajarnya serta kemudahan penterjemahan sepanjang sesi mahkamah berlangsung,” ujarnya.