Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiada kes H5N1 dicatat dalam kalangan manusia

KUALA LUMPUR 23 Mac – Tiada kes selesema burung (H5N1) yang berlaku di Kelantan dikesan melibatkan manusia setakat hari ini.

S. SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wabak penyakit tersebut hanya dikesan menular kepada penternakan unggas atau ayam yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Sehubungan itu jelas beliau, kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memastikan industri penternakan di negara ini dijalankan dengan baik bagi mengurangkan risiko penularan wabak H5N1 kepada manusia.

“Kita akan bincang dengan Jabatan Perkhidmatan Vete­rinar agar semua langkah keselamatan diamalkan bagi mengurangkan risiko penularan H5N1 kepada manusia.

“Malah, kita juga akan memastikan kakitangan Kementerian Kesihatan yang bertugas turut berada dalam keadaan selamat daripada ancaman H5N1,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut­ Subramaniam berkata, 28 lokasi di enam dae­rah di Kelantan dikesan menghadapi wabak H5N1 iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tum­pat, Tanah Merah, ­Bachok dan Pasir Puteh.

Justeru, beliau ber­kata, pihaknya telah menjalankan kaji­an pengesanan kes dalam kalangan manusia serta pemantauan dalam lingkungan 300 meter radius dari kawasan positif H5N1 di Kelantan.

“Malah, kementerian telah menjalankan aktiviti promosi kesihatan berkaitan selesema burung kepada penduduk kampung dan orang awam dalam lingkungan radius 10 kilometer dari lokasi terlibat H5N1.

“Selain itu, semua kemudahan kesihatan termasuk hospital dan klinik telah diarah meningkatkan pemantauan kes-kes gejala penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan respiratori yang datang mendapatkan ra­watan dan semua hospital juga diminta menyediakan wad pe­ngasingan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain