Demikian maklum balas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kerajaan menjelaskan keberkesanan SOSMA, POCA dan POTA.

Namun begitu, Muhyiddin berkata, akta-akta tersebut perlu diteliti semula agar tidak ada elemen menindas, zalim atau bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Maka, atas faktor itu, kita telah menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti semua perkara ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE