Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pada masa sama, tindakan itu boleh menafikan hak petani dan usahawan buah itu untuk mendapatkan harga setimpal jika kualiti dan gred buah yang dihasilkan adalah sangat baik.

“Kerajaan Perlis telah menetapkan supaya Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyediakan harga panduan buah itu di peringkat ladang.

“Namun begitu, kerajaan membuat pemantauan kualiti dan harga dengan kerjasama agensi di bawah kementerian ini dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Sekiranya berlaku peningkatan harga jualan di pasaran yang mendadak, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) berhubung cadangan penetapan harga si­ling bagi buah itu supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan meletakkan harga tinggi, dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak kementerian bercadang untuk menjalankan pemba­ngunan dan penyelidikan terhadap buah mang­ga jenis itu agar ia dapat berbuah dua kali setahun berbanding sekali setahun.

Katanya, perkara itu akan dilaksanakan di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kerana buah berkenaan memberikan pulangan baik kepada usahawan tani yang mengusahakannya.